Jawapan Teka Teki







 
 



Teka Teki 1
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti,
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
JAWAPAN: Kasut Bertali

 
 
Teka Teki 2
Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara,
makin diisi makin ringan,
JAWAPAN: Belon
 
 

Teka Teki 3
Apakah persamaan nombor 11,69 dan 88?
JAWAPAN: Semuanya boleh di terbalikan dan
masih menjadi nombor yang sama.
 
 

Teka Teki 5
Banyak-banyak kotak, kotak apa yang takleh angkat?
JAWAPAN: Kotak Penalti
 
 

Teka Teki 6
Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buhnya berbentuk seperti bintang
Suah masak, kuninglah ia.
JAWAPAN: Belimbing
 
 
Teka Teki 7
Ada sungai tak ada air,
ada rumah tak ada orang,
ada pokok tak ada buah,
apakah ia?
JAWAPAN: Peta
 
 

Teka Teki 8

Jika ke kedai pergi berbelanja
Belkan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?
JAWAPAN: padi

 
 
 
Terima kasih kerana anda sudi layari Blog ini.
Kami amat menghargainya